Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf dahulunya dikenali sebagai Koperasi Komuniti Bandar Laguna Merbok yang terletak di Gurun Kedah ditubuhkan khas bagi menjalankan projek wakaf van jenazah. Alhamdulillah, sejak projek ini dilancarkan, beberapa buah masjid, surau dan madrasah telah pun menerima van wakaf ini hasil dari sumbangan orang ramai.